Thursday, July 04, 2019

Perbahasan Rang Undang-Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 pada 3-7-2019
Tuan Speaker ,

Saya bangun untuk turut menyertai perbahasan pindaan terhadap Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Tuan Speaker ,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda kita yang lahir mungkin barangkali selepas 1990s. Yang berumur kurang daripada 30 tahun. Melalui rang undang-undang ini, mereka diberi mandat or “empower” untuk menjadi pemimpin dalam persatuan-persatuan belia yang di daftarkan dibawah “Registry of Youth”, pertubuhan belia dan pembangunan.

Sebelum ini, mereka hendaklah tunggu senior mereka sampai usia lanjut empat puluh dan barulah mereka boleh menjadi pengerusi belia. Sekurang-kurang daripada usia 30 boleh menjawat jawatan yang penting dalam pertubuhan belia. Oleh itu, ini adalah satu lonjakan yang cantik dan baik. Kawan-kawan kita yang menyertai “The World Youth Congress” atau “World Youth Organisation” persidangan-persidangan antarabangsa untuk belia.

Delegasi Malaysia adalah yang tertua, dalam world youth congress ini. Pemuda-pemuda dari Europe yang menyertai persidangan ini adalah jauh lebih muda jika dibandingkan. Pihak “United Nations” ataupun Organisasi Bangsa-Bangsa Bersatu terdapat satu klasifikasi “Youth” dalam jangka umur 15-24 sahaja . Oleh itu, di Europe atau di tempat lain mempunyai delegasi yang betul-betul anak muda.

Delegasi Malaysia mungkin pada masa 20 ataupun 30 tahun yang lalu menghantar yang sangat berumur sampai 50 pun hantar ke “World Youth Congress” ada yang rambut tidak tinggal beberapa dan perut pun buncit. Tetapi melalui rang undang-undang ini , memberikan satu lonjakkan untuk anak-anak muda. Kalau di “Africa Convention” , belia di kategorikan 15-35, di negara jiran kita Singapura 15-35. Oleh itu , sekarang kita akan lebih maju daripada negara jiran kita. Semalam , di perbahasan Akta Cap Dagangan kita ketinggalan di belakang Singapura hal ini demikian menunjukkan kemajuan negara kita mengatasi mereka di dalam reformasi pertubuhan belia ini.

Tuan Speaker,

Dengan klasifikasi usia yang baru ini, anak muda yang berusia kurang daripada 30 tahun juga boleh mendapat lebih peluang untuk menjadi penjawat utama. Di bawah Akta ini , kementerian belia dapat memberikan sumber kepada persatuan-persatuan belia yang betul-betul mengambarkan tenaga orang muda. “Target Resources” kerana sebelum ini kalau “Resources” ini pergi ke persatuan yang melebihi usia 30 ke atas maka sebenarnya, sumber ini akan tersasar . Oleh itu, kategori baru anak muda ini yang baru sahaja keluar daripada Universiti atau belajar tetapi mereka kurang daripada sumber ekonomi supaya mendapatkan “Outcome” yang lebih baik.

Dalam pandandan saya , kementerian belia perlu menyalurkan saluran kepada golongan yang betul. Sebelum ini, Kita melaksanakan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 ataupun “ National Service” tetapi kita semua tahu bahawa target kumpulanya sudah silap dan tidak ada satu “Outcome” yang konkrit dan positif. Sumber-sumber kerajaan perlu disasarkan di golongan yang tepat, dewasa yang telah pun bekerja tetapi di bawah had usia yang ditetapkan di bawah rang undang-undang ini juga boleh menyertai pertubuhan-pertubuhan belia di bawah kementerian belia. Selain itu, tidak mendapat halangan untuk alumni-alumni pemuda yang telah melepasi had usia 30 untuk menubuhkan persatuan mereka di bawah “Register of Society” (ROS) , kerana rang undang-undang ini tidak menghalang mereka untuk menubuhkan mana-mana persatuan.

Dewasa yang berumur 30 ke atas telah pun memasuki arus “Mainstream” dan tidak memasuki kategori pemuda. Hal ini kerana, mereka akan mempunyai arena dan lapangan yang lebih besar untuk merealisasikan tanggungjawab mereka. Seperti dalam huraian pindaan akta ini, selaras dengan “standard” antarabangsa di mana pemuda menjawat jawatan penting dan memberikan peluang yang lebih kepada mereka. Seterusnya, umur minimum juga tidak diubah dan pada usia 18 sahaja boleh menjawat jawatan yang penting dalam mana-mana persatuan.

Saya turut ingin mencadangkan reform dalam segi legislative yang kita sedia maklum bahawa ada “Proposal” untuk menurunkan usia pengundi daripada usia 21 kepada usia 18 tahun. Candangan tambahan saya adalah umur ahli dewan undangan negara “Senator”. Pada masa kini, usianya seorang “Senator” adalah pada 30 tahun dan persepsi di kalangan masyarakat adalah seorang “Senator” haruslah berumur. Saya rasa belia, juga boleh menjadi seorang “Senator” serasi dengan menjadi seorang ahli parlimen di dewan rakyat.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana mengambil langkah yang Aktif dan mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak muda dan juga kepada yang mana memasuki usia 30 ke atas selamat menyertai arus perdana.

----------------

No comments: